ADAB KAT MANA?

Aplikasi sosial media telah menjadi sesuatu yang wajib ada pada hari ini. Oleh itu, adab ketika berinteraksi di dalam sosial media adalah penting bagi memastikan setiap informasi atau kata-kata yang disebarkan atau paparkan dalam akaun sosial media tidak memberikan kesan negatif kepada orang lain. Berikut adalah perkara yang harus dititikberatkan sebelum klik ‘post’ gambar atau komen di ruang sosial media.

1.CAPTION ADALAH DOA

Setiap yang ditulis adalah doa bagi pembaca. Oleh yang demikian adalah penting untuk memastikan setiap yang ditulis (sebagai caption) adalah yang baik apabila di baca oleh followers/kawan-kawan di sosial media. Sebagai contoh, memaparkan gambar anak kita di IG. Captionnya menuliskan tentang perkara negatif atau memburukkan orang lain. Mungkin hakikatnya kita sebagai ibu bapa hanya berniat untuk bergurau (mungkin untuk mencari maximum ‘Likes’ namun harus difikirkan setiap ditutur itu adalah sebuah doa. Jadi hati-hati bila menulis caption lebih-lebih lagi melibatkan ahli keluarga dan kenalan rapat.

2.GAMBAR TIDAK MEMBUKA AIM ORANG LAIN

Kadang-kala kita tidak perasan bahawa gambar/video yang dimuat naik itu sebenarnya telah membuka aim kenalan/ ahli keluarga kita. Contoh paling mudah, aurat. Sebagai contoh, dirumah kita merakamkan satu video mak sedang masak di dapur. Tetapi ketika itu ibu tidak menutup aurat dengan sempurna (mungkin tak pakai tudung). Walaupun niat hanya untuk menunjukkan masakan yang disediakan oleh ibu, namun perkara ini sudah pasti tidak manis untuk tontonan ramai. Jadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling sebelum posting ya!

3.TIDAK BEREMOSI KETIKA KOMEN

Apabila membaca sebarang artikel atau hebahan, jangan berikan maklumbalas secara langsung. Adalah lebih baik untuk berfikir lebih panjang sebelum meletakkan apa-apa komen supaya tidak menjadi kecaman atau isu yang lebih beralutan. Jika tersalah memberi komen, kesannya mungkin akan diancam atau menjadi salah seorang mangsa cyberbully. Jadi, fikir panjang sebelum bertindak!

4.SIASAT SEBELUM SHARE

Sosial media menyampaikan pelbagai jenis informasi yang berguna dan tidak berguna kepada pengguna. Adalah penting untuk menganalisa dahulu setiap bacaan sebelum menekan butang share. Contohnya seperti hebahan makanan yang tidak halal, sebelum share anda boleh ke laman web Halal, Jakim untuk membuat pengesahan. Jika benar apa yang dinyatakan oleh artikel itu, barulah boleh share. Tak nak lah jari jemari pula kena jawab di akhirat nanti.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua pengguna media sosial.

error0
Tweet 20