ABU HASSAN MENINGGAL DUNIA

BEKAS Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan dengan berkata Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.

“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Abu Hassan merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal pada September 2016 di Amerika Syarikat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah, manakala urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di tanah perkuburan terdekat secepat mungkin sebelum solat zohor.

error0