majlis akad nikah blackout

9 TAHUN TUNGGU DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI, MAJLIS PASANGAN INI ‘BLACKOUT’ PULA

TULAR di laman sosial ketika ini adalah majlis pernikahan melibatkan pasangan pengantin di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu lalu yang diijabkabulkan dalam suasana malap akibat tiada bekalan elektrik.

Pasangan pengantin dan keluarga masing-masing pada ketika itu berkumpul di Masjid Mukim Kuala Paku untuk menghadiri majlis ijab kabul.

Bekalan elektrik dilaporkan terputus selama lebih dari satu jam dan majlis akad nikah diadakan dengan tetamu diminta menggunakan telefon bimbit untuk menggantikan lampu.

Dalam pada itu, pengantin lelaki, Mohd Nazirul Saadon, 24, memaklumkan bekalan elektrik sudah terputus sebelum dia dan keluarganya tiba di masjid.

“Apa yang kita rancang tetapi lain pula jadinya. Bertambah rasa gementar tu dengan berpeluh lagi, yelah, nikah dalam gelap walaupun ada cahaya lampu telefon.

“Bila fikir, buat apa nak tanggung sebab esoknya nak bersanding. Kahwin kan perkara yang baik,” ujarnya.

Nazirul mula mengenali isterinya, Siti Hajar Wahab, 24 ketika kedua-duanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.

Berkenalan selama sembilan tahun dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun hasrat itu beberapa kali tertangguh kerana kekangan kewangan.

Jurugambar yang ditugaskan untuk majlis berkenaan, Raja Mohamad Shahrul Amer Raja Bakti, 29 berkata bekalan elektrik terputus kerana dahan pokok menimpa wayar elektrik di luar masjid akibat hujan yang sangat lebat.

Majlis akad yang dijadualkan selepas solat Isyak dan keadaan bergelap kerana ketiadaan bekalan elektrik dilaporkan berlaku sebelum jam 9 malam lagi.

“Masjid tidak ada generator untuk sokong bekalan elektrik yang terputus masa itu dan imam memutuskan agar majlis diteruskan di masjid,” ujarnya.

error0
Tweet 20