85 MASJID DI KL BAKAL TERIMA MESIN ATM BERAS

DALAM usaha membantu 23,000 asnaf berdaftar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menempatkan mesin ATM beras di 85 masjid di Kuala Lumpur bagi membekalkan beras percuma.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata perkara berkenaan akan dibincangkan lebih lanjut menerusi Jawatankuasa Masjid-masjid Wilayah Persekutuan Mac ini.

Mesin ATM beras pertama yang bernilai RM19,0000 dilancarkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat malam tadi. Mesin berkenaan mempunyai dua fungsi iatu untuk mengeluarkan beras mengikut kuantiti diperlukan dan ruang derma untuk mereka yang ingin menyumbang wang bagi belian beras.

JAWI juga mengalu-alukan sumbangan dari badan-badan korporat untuk menjadi rakan strategik dalam menyumbang bantuan kepada mereka yang memerlukan.

error0