7 kesalahan di dalam solat

7 KESALAHAN YANG SERING DIANGGAP BIASA BERKAITAN SOLAT

AMALAN pertama yang akan dihisab Allah SWT di hari akhirat nanti adalah solat. Jika solat seseorang itu baik, maka baik jugalah seluruh amalannya, dan begitulah sebaliknya.

Namun ada beberapa kesalahan yang sering dilakukan manusia dalam perihal solat.

Tidak solat
Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.” (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

Sengaja melambatkan solat
Melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.

Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).

Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki
Bagi wanita aurat mereka dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”

Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan
Sebagaimana diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

7 kesalahan dalam solat

Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

error0
Tweet 20