7 KEJADIAN LUCU YANG HANYA BERLAKU PADA BULAN PUASA

SEPERTI hari-hari biasa, kami pasti ada sahaja perkara yang menggelikan hati yang akan berlaku kepada anda setiap kali tibanya bulan Ramadhan.

Di sini kami kongsikan beberapa kejadian lucu yang boleh dikaitkan sepanjang bulan ini. Jom!

MALU NAK SEMBANG SEBAB MULUT BERBAU
Oh tidak! Inilah yang paling anda elakkan ketika berpuasa sepanjang hari. Lebih-lebih lagi bila dah melewati petang, mulut confirm mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan. Anda pun mesti mengelak dari bersembang dengan orang sebelah kan?

BERKUMUR, MASUK AIR DALAM TELINGA, HIDUNG BATAL PUASA TAK?
TIDAK ya! Asalkan anda berhati-hati dan tidak berlebihan sehingga menelan air tersebut.

KENYANG SANGAT, TAK LARAT NAK TERAWIKH
Punyalah lapar sampaikan semua makanan yang ada di atas meja habis dimakannya. Apabila terlampau kenyang, mulalah susah nak bangun dan berasa malas. Akhirnya, ganjaran berterawikh pun entah kemana.

PERUT BUAT KONSERT
Segannya jangan cakaplah kalau dalam keadaan sunyi, ada orang di kiri kanan anda, dan secara tiba-tiba perut anda mengeluarkan bunyi macam seminggu tak makan. Aduh! Mana nak sorok muka ni?

WEH JOM BERBUKA SAMA?
Haa, kami pasti ketika bulan puasa ni akan berlakulah reunion rakan sekolah, rakan sepejabat, geng membawang dan sebagainya. Paling tak syok bila rancangnya bukan main, tapi akhirnya tak jadi jumpa sebab masing-masing sibuk bekerja dan ada jemputan berbuka puasa yang lain. Postpone lagilah nampaknya…

KENAPA DUIT CEPAT HABIS, PADAHAL BERPUASA?
Sebab itulah jangan membazir ketika membeli di bazar Ramadhan. Kawal nafsu, kawal mata. Mungkin juga anda rasakan duit cepat habis kerana persiapan raya dilakukan di dalam bulan yang sama. Mana tak sengkek?

LAMA LAGI KE NAK RAYA?
Bukan apa, dah terbayang pelbagai juadah raya seperti rendang, lemang, ketupat yang asyik keluar di tv. Lepas tu pesanan kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung tiba awal pula. Menjejeh air liur nak merasa almond london, semperit, tat nenas tu kan?

error0
Tweet 20