6 MENU WAJIB ADA DI HARI RAYA AIDILFITRI

HARI Raya tidak akan lengkap tanpa juadah yang berwarna-warni.

Walaupun juadah Hari Raya Aidilfitri lazimnya berbeza mengikut negeri, namun setiap kali bertemu Syawal pasti menu ini akan dinanti-nanti.

Di sini kami kongsikan juadah wajib ada ketika ziarah ke rumah saudara mara;

1.Ketupat

Terdapat dua jenis ketupat, iaitu ketupat palas atau ketupat anyaman. Kedua-dua ketupat sedap dimakan dengan serunding ayam atau daging, kuah rendang atau kuah kacang.

2. Lemang

Lemang adalah menu berasaskan beras pulut yang dimasak didalam buluh. Mengikut negeri di Malaysia, terdapat juga budaya bergotong royong membakar lemang di malam raya untuk menambahkan kemeriahan aidilfitri.

3. Rendang

Terdapat pelbagai jenis cara masakan rendang mengikut negeri-negeri di Malaysia. Sebagai contoh, di Perak terkenal dengan Rendang Tok. Di Negeri Sembilan pula Rendang sedikit berlainan. Ada yang pekat, ada yang berkuah. Mengikut cita rasa masing-masing.

4. Lontong

Menu lontong terkenal di bahagian selatan Malaysia. Namun kini sudah boleh didapati di sebelah utara mahupun timur. Oleh itu, menu ini antara menu wajib ada terutamanya ketika majlis rumah terbuka aidilfitri.

5. Laksa

Laksa merupakan makanan tradisi yang mempunyai pelbagai versi masakan. Walaubagaimanapun, menu ini tetap menjadi menu wajib di Kedah, Penang, Johor, Terengganu mahupun Sarawak.

6. Kuih Raya

Kuih Raya telah menjadi tradisi sebagai penyeri rumah ketika hari raya. Kuih Raya pasti dihidangkan di dalam balang-balang pelbagai bentuk dan unik yang pasti menarik tetamu untuk merasainya terutamanya jika ianya merupakan air tangan tuan rumah!

error0
Tweet 20