6 CARA BERSIHKAN WAJAH DENGAN BETUL

MENDAPATKAN kulit yang cantik dan sihat haruslah dengan membersihkan wajah setiap hari.

Jika tidak mencuci muka, kotoran, debu sehingga sisa solekan dapat tertumpuk di kulit dan boleh menimbulkan jerawat.

Namun, adakah cara anda membersihkan wajah anda itu betul-betul bersih?

Berikut adalah cara-cara untuk mencuci muka yang betul;

1.Bersihkan Makeup

Tidak semua pencuci muka dapat menghilangkan makeup di wajah. Oleh itu, gunakan pencuci solekan atau makeup remover yang sesuai untuk kulit wajah anda terlebih dahulu.

2. Cuci Tangan

Cuci tangan terlebih dahulu sebelum anda menyentuh wajah anda. kekotoran pada tangan anda mungkin boleh merebak pula pada wajah. 

3. Gunakan Air Suam

Ketika membersihkan wajah, digalakkan menggunakan air suam kerana air suam dapat membuka pori-pori kecil di wajah dan melakukan pembersihan lebih sempurna. 

Jika pori-pori masih tertutup, sabun tidak dapat masuk ke bahagian dalam kulit. 

Elakkan menggunakan air terlalu panas yang boleh merosakkan kulit.

4.Baca Jenis dan Fungsi Pencuci Muka

Sebelum membeli pencuci muka, pastikan membaca fungsi dan kegunaan pencuci muka supaya ianya sesuai dengan wajah anda. Usapkan pencuci muka pada wajah sekurangnya 30 saat . Gunakan gerakan memutar dengan hujung hari agar tidak melukai kulit. Jangan biar terlalu lama pada wajah agar tidak membuat kulit menjadi kering.

5. Bilas

Pastikan pencuci/sabun anda dibilas sehingga bersih dengan air sejuk agar pori-pori tertutup kembali. 

6. Keringkan Dengan Tuala Bersih

Gunakan tuala bersih untuk mengelap wajah. Pastikan tuala tersebut tidak digunakan berulang kali. Untuk mendapat kebersihan yang lebih baik, digalahkkan menggunakan tisu pakai buang. 

Dinasihatkan muka dicuci sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu ketika bangun pagi dan sebelum tidur.

Selamat mengamalkan!