5 TIPS UBATI SAKIT TEKAK

Cuaca yang panas, habuk kadang-kala menjadi penyebab sakit tekak. Mulalah tidak selesa dan suara yang lembut akan tertukar menjadi kasar.  Jadi, berikut 5 cara yang boleh diamalkan jika anda mengalamai masalah sakit tekak.

1.MADU

Madu terkenal dengan khasiat tersendiri. Bukan sahaja baik untuk kulit, madu juga baik untuk melegakan sakit tekak. Madu mempunyai kandungan antibakteria dan antiradang yang baik. Badan ini dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Adalah dinasihatkan untuk terus mengamalkan Madu satu sudu setiap pagi untuk mengekalkan kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang.

2.AIS KRIM

Yeke?  Ya! Pakar kesihatan mencadangan makanan sejuk atau  beku dapat membantu meredakan rasa sakit tekak. Apabila anda mengalami sakit tekak, anda mungkin mendapati bahawa air krim melegakan kerana ais krim membantu mematikan rasa kasar dan tidak selesa tekak. Namun, pemilihan jenis ais krim juga penting kerana mengambilan ais krim yang mempunya kadar kuantiti gula yang tinggi boleh meningkatkan keaktifan bakteria atau kuman.

3.AIR GARAM

Mungkin anda biasa dengar dengan tips ini kerana ini adalah antara petua orang dulu-dulu yang masih amalkan dan telah terbukti secara sainstifik. Kajian yang telah dibuat oleh American Cancer Society mendapati, mencuci mulut (kumur) secara kerap dengan menggunakan garam dan soda penaik boleh membantu mengelakkan jangkitan dan membantu tekak berasa lebih baik.  Cara lebih mudah, ambil garam ½ sudu teh dan campurkan dengan satu cawan air dan kumur.

4. AIR

Cara paling mudah dan berkesan dan pasti dapat melegakan tekak tidak selesa. Dicadangkan minum air putih suam atau suhu bilik bersama sedikit perahan lemon. Wah, pasti lega!

5.REHAT

Rehat adalah salah satu cara terbaik untuk berasa baik dengan lebih cepat. Biarkan tubuh anda kembali dari apa jua penyakit yang dijangkiti. Bonus! Ubat ini adalah 100% percuma.

Jika simpton beralutan, dapatkan rawatan secara klinikal dengan segera.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh juga layari portal MyHealth Kementerian Kesihatan.

error0
Tweet 20