5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BALIK AWAL!

Tahukah anda, keseimbangan budaya kerja amat penting untuk memastikan prestasi kerja di pejabat sentiasa berada pada tahap yang memberansangkan?

Ini kerana anda akan terlepas begitu banyak perkara di luar kerana kerap menghabiskan masa di pejabat.

Pada tahun 2014, kaji selidik Gallup mendapati bahawa orang dewasa bekerja sepenuh masa selama 47jam seminggu di Amerika Syarikat secara purata dan bukannya kerja selama 40 jam.

Malah, nisbah 4 daripada 10 laporan bahawa mereka akan bekerja sekurang-kurangnya 50 jam seminggu.

Termasuklah budaya membawa kerja balik ke rumah termasuklah dengan penggunaan telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya.

Budaya membalas e-mel pada hujung minggu, ketika bercuti juga dikira sebagai bekerja ya!

Budaya ini boleh mendatangkan kesan buruk secara fizikal dan emosi seperti keletihan kronik, insomnia, kegelisahan, kemurungan, pesismisme dan kehilangan keseronokan dalam kehidupan.

Sudah tiba masanya untuk memberi masa kepada diri sendiri dan sedikit kecenderungan kepada aspek lain dalam hidup anda.

Oleh itu, ingin berikut dikongsikan di sini kenapa anda perlu pulang awal (atau pulang tepat pada masanya);

1.Masa Itu Amat Berharga

Masa kan emas? Jadi hargailah masa. Kerja di pejabat sudah tentu tidak akan habis. Kalau habis apa kerja nak buat esok kan? Jadi, sentiasa menghargai masa dan rancang masa dengan baik. Ketika bekerja, jangan curi tulang dan lakukan kerja dengan ikhlas supaya setiapa masa yang digunakan tidak dibazirkan dan bukan waktu bekerja tidak digunakan untuk bekerja.

2.Ingat Orang Tersayang

Ini bukan iklan keselamatan jalan raya ya! Tapi keselamatan hidup dunia akhirat. Jika bekeluarga, selepas waktu kerja harus digunakan untuk bersama keluarga. Masa tidak akan pernah berundur, maka hargailah setiap ahli keluarga disekeliling kita. Jika ambil cuti pulang ke kampung, elakkan melakukan hal kerja seperti membalas e-mel melalui telefon pintar atau computer riba.

3.Jaga Kesihatan Anda

Kajian dari Staples pada tahun 2012 mendapati bahawa 90 peratus pekerja yang ke pejabat adalah pekerja yang mengalami masalah kesihatan. Daripada jumlah tersebut hanya 60 peratus adalah pekerja produktif.

Oleh yang demikian, jika anda mengalami masalah kesihatan, dinasihatkan untuk berada dirumah.

Oh ya! Majikan mungkin membayar insurans perubatan anda namun anda perlu ingat bahawa kesihatan anda perlu diutamakan.

Bekerja lebih masa, tekanan akibat kerja dan keinginan menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhir boleh menyebabkan kesihatan anda terjejas.

4. Jaga Rumah Anda

“Rumahku syurgaku”. Jadi kenapa anda masih suka berada diluar rumah?

Rumah adalah aset terbesar anda, jadi jika anda pulang ke rumah lebih awal, ia akan lebih membantu anda dalam pengurusan masa untuk mendapatkan ‘me time’.

Malah membolehkan anda belajar mengutamakan perkara yang lebih penting untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna terutamanya di rumah.

Kesannya, apabila anda kembali ke pejabat keesokan hari, minda anda akan lebih segar dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan.

5.Kehilangan Kawan atau Keluarga

Apa perasaan anda jika kawan-kawan anda atau ahli keluarga anda tidak lagi menghiraukan anda?

Wang yang anda perolehi dan masa yang anda habiskan di pejabat pasti tidak berbaloi sekiranya anda selalu mengabaikan mereka.

Dengan bebanan kerja dan mungkin persekitaran di pejabat yang merunsingkan, sokongan kawan-kawan dan ahli keluarga adalah penting untuk memastikan anda sentiasa positif.

Jadi, cuba fikir sejenak berapakah kawan yang anda masih ada sekarang?

Kesimpulannya, tidak salah untuk menjadi pekerja yang berproduktiviti tinggi. Namun ia perlulah seimbang supaya apa yang anda lakukan dapat memberikan kesan yang baik selain menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.

error0