5 NEGARA PALING KOTOR DI DUNIA

Di banyak Negara, isu kebersihan adalah isu utama terutamanya bagi memasti tahap kesihatan rakyat terjamin seterusnya menjamin keyakinan pelancong untuk ke datang ke Negara tersebut.

Disini kami kongsikan 5 negara terkotor di dunia;

1.India

India merupakan Negara yang penuh dengan tradisi. Keagungan Sungai Gangga yang merupakan elemen penting peradaban India adalah antara yang dikagumkan dalam sejarah. Namun, disebalik termasyurnya Sungai Gangga, filem Bollywood, barisan pelakon yang cantik manis. India telah diletakkan sebagai Negara yang terkotor di Dunia. Jika peminat setia filem Bollywood, lazim dipaparkan pemandangan gunung ganang aksi kejar mengejar disebalik pokok-pokok seperti taman yang indah kan? Hakikatnya mungkin realiti adalah seperti cerita Slamdog Millionaires?

2. Pakistan

Pakistan terkenal dengan keindahan gunung ganang, lembah dan tasik yang indah namun Pakistan diletakkan Negara kedua terkotor dunia. Mungkin kekotoran ini juga dilihat dengan kekurangan insfrastruktur yang baik di Negara ini. Fakta menarik mengenai Pakistan, Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

3.Somalia

Somalia merupakan antara negara yang paling miskin di dunia dan mempunyai kepadatan penduduk. 82% rakyat Somalia berada pada tahap kemiskinan yang teruk dan terjejas dari sudut kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan. Somalia juga telah dilanda konflik perang saudara dan juga kemarau berpanjangan semenjak 1990-an lagi. Malaysia adalah antara sukalerawan yang aktif membantu dan mencari dana untuk disumbangkan kepada rakyat Somalia. Afganistan

Perang Soviet-Afganistan, Revolusi Saur adalah antara yang sinonim dengan Afganistan. Tidak pasti mengapa Afganistan diletakkan negara ke 4 terkotor dunia namun

4. Bangladesh

Aliran sungai Bangladesh merupakan terkotor di dunia menyebabkan Bangladesh mengalami krisis air bersih. Jumlah penduduk yang ramai juga mungkin salah satu penyebab mengapa krisi ini masih lagi berlarutan. Apa yang boleh diharapkan warga Bangladesh yang datang ke Malaysia akan belajar untuk menjaga kebersihan dan kemudian dipraktikkan di Negara mereka walaupun Malaysia tidak lah sebersih mana. Kan?

5. China

China terkenal antara negara yang mempunyai popolasi yang tinggi di dunia. Maka tidak heranlah jika setiap aktiviti di China sinonim dengan kesesakan dan padat. Malah China juga mempunyai masalah sampah dan pelbagai jenis pencemaran lain. Walaubagaimanapun, penduduk China harus dipuji kerana pandai menjadi rezeki dan telah menjadikan ekonomi negara China, kedua terbesar dunia. Yakin isu ini pasti akan ditangani kelak.

Secara kesimpulan, Negara yang diletakkan Negara terkotor adalah kebanyakkannya terdiri daripada Negara yang mempunyai kepadatan penduduk. Namun, melihat kepada fakta ini, tidak harus wujud diskriminasi. Mungkin 10 tahun lagi, negara ini tidak lagi diletakkan sebagai negara terkotor dunia.

Pelbagai kajian telah dilakukan mengenai kekotoran, sampah dan pencemaran dunia. Secara asas, kita sebagai rakyat harus terus mengokong semua usaha yang dilaksanakan ini seperti kempen mengitar semula. Nampak kecil namun sebenarnya memberikan impak yang besar kepada masa depan kita.

Oh ya! Malaysia antara Negara kotor tak? Malaysia ditangga ke 37. Anda nilai sendiri.

Kredit: www.thetopten.com, www.brilio.net, freepik.com
error0