4 LANGKAH MUDAH UNTUK ANDA MULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

TIDAK dapat dinafikan, ramai orang kini memilih membeli-belah secara online kerana terbukti lebih menjimatkan masa, kos dan lebih menyenangkan.

Melihat kepada trend ini, ramai juga individu mula berjinak-jinak dalam perniagaan online, sama ada menerusi Instagram, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi.

Namun, sebelum berniaga, adalah lebih penting anda mengenali terlebih dahulu platform yang bersesuaian untuk digunakan, begitu juga kaedah dan cara mengendalikannya.

Di sini Bawang Putih ingin kongsikan lima langkah mudah untuk anda yang ingin menjadi usahawan online. Smeoga berjaya!

1.Kenali Market Demand

Atau dalam bahasa mudahnya, kenali kehendak pasaran semasa. Kegagalan sesuatu perniagaan pada hari ini berlaku kerana peniaga gagal mengenali dan memahami kehendak pelanggan.

Sebab itu terdapat banyak lambakan produk yang lebih kurang sama dengan peniaga yang lain. Ini akan menyebabkan persaingan yang kuat sesama peniaga dan akhirnya ada di antara mereka terpaksa gulung tikar!

Kenali siapa pelanggan sesuai untuk produk bakal dijual supaya anda boleh mendapat gambaran jelas tentang apa yang sebenarnya diperlukan mereka.

Amat penting bagi peniaga-peniaga online untuk memasarkan produk yang mempunyai pasaran terhad tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Dengan ini anda dapat mengurangkan risiko persaingan dan dapat menjana keuntungan yang berlipat kali ganda selain membolehkan anda bertahan lebih lama dipasaran.

2.Penerangan Produk Dengan Jelas

Beritahu kepada pelanggan apakah manfaat, kelebihan dan keunikan yang ditawarkan melalui produk atau servis yang anda jual.

Ini dapat membangkitkan minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang anda tawarkan.

Yakinkan mereka dengan review daripada pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan produk atau servis anda.

Copywriting atau cara penulisan tentang produk atau servis anda berupaya menarik minat bakal pelanggan baru.

Contoh :
“Saya kata rasa sayangnya kepada saya semakin bertambah selepas saya berjaya pakai baju nikah 10 tahun lalu. Ini semestinya kerana amalan meminum produk xxx ini!

Ingat, pelanggan gemar bermain dengan emosi.

3.Buat Website

Untuk menambah keyakinan pelanggan terhadap produk atau servis anda, maka inilah masanya untuk anda membina website sendiri.

Ini penting supaya mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang syarikat dan produk yang anda tawarkan.

Antara tips penting dalam membina website adalah:

  • Pastikan ia senang dilayari
  • Navigasi yang jelas dan mudah
  • Sampaikan mesej dalam bentuk audio, grafik atau video
  • Masukkan opt-in offer supaya anda dapat kumpul email pengunjung website anda
  • Gunakan FB Ads aray Google Adword untuk tujuan remarketing dan retargetting.

4.Guna Search Engines dan FB Ads untuk Tarik Pelanggan ke Website

Perkara ini dinyatakan oleh Fahdi Ghazali di sini:

Iklan Pay-Per-Click (PPC) adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk mendapatkan trafik ke website anda. PPC boleh didapati di Google Adwords dan Facebook.

Ada dua kelebihan mendapatkan trafik ke website anda dengan menggunakan iklan PPC ini berbanding menunggu trafik tersebut terjadi secara manual atau organic yang mengambil masa.

Pertama, iklan PPC muncul pada halaman carian Google atau muncul di newsfeed Facebook serta-merta.
Kedua, iklan PPC terutama di Google Adwords membolehkan anda untuk menguji kata kunci yang berbeza, termasuk juga tajuk, harga dan pendekatan penjualan.