tips kemas rumah

4 BARANG PENTING UNTUK DAPATKAN RUMAH KEMAS DAN BERSIH DENGAN CEPAT.

Siapa yang tidak impikan untuk tinggal dirumah yang selesa untuk keluarga. 

Apatah lagi, inginkan rumah yang sentiasa kemas dan bersih tanpa sebarang kuman! 

Tapi kalau dah ada anak kecil, pasti ada sahaja yang tertumpah, terconteng, terkotor dan sebagainya. 

Sebagai empunya rumah, jangan rasa perkara ini sesuatu yang memberi tekanan kepada hidup anda. 

Pastikan ada 4 barang ini yang akan membantu anda untuk jadikan rumah anak lip lap lip lap kilat. 

1.Vacum

Mungkin anda dah biasa menggunakan penyapu untuk membuang habuk atau sampah-sampah kecil di dalam rumah. 

Vacum adalah satu pelaburan yang bijak kerana dapat meringankan tugasan anda dan hasilnya lebih baik dengan daripada menggunakan penyapu. 

Tips terbaik pilih vacum adalah pastikan vacum itu kecil dan tidak berat. Apabila kecil, ruang simpanan habuk pun kecil jadi lebih mudah untuk membuang habuk-habuk halus tersebut ke dalam tong sampah. 

Walaupun kecil, dinasihatkan kekuatan sedutan vacum adalah 1500watt ke atas. 

Kalau ada vacum tapi tak kuat sedutannya tak guna juga kan? 

2.Kain buruk

Nama kain diberi adalah “buruk”. Namun jangan anda simpan kain yang buruk itu lalu mengelap meja makan yang anda gunakan untuk meletak makanan setiap hari. 

Kain buruk haruslah menjadi teman setia anda untuk membantu menjadikan rumah anda bersih. 

Jangan lokek untuk membeli kain buruk kerana kain buruk yang baik dapat membantu mempercepatkan lagi proses mengemas. 

Lagipun, ada sesetangah kain buruk direka untuk cepat kering dan mudah dicuci. 

Tentu anda segan jika mertua datang dan melihat keadaan kain buruk anda! 

3.Penarik air

Penarik air ini adalah seperti fungsi wiper kereta. 

Kegunaannya bukan sahaja untuk mencuci tingkap, cermin bilik air namun boleh juga digunakan untuk menarik air dilantai. 

Jika anak anda tumpahkan air milo di atas lantai, warnanya mungkin akan melekat dan melekit. 

Jadi cara terbaik bukan sahaja dengan menggunakan kain buruk tetapi menggunakan penarik air dan kemudian lap dengan kain. 

Ulang dengan meletakkan sedikit air untuk pembersihan maximum. 

4.Bahan Pencuci

Bahan pencuci tidak semestinya bahan yang mempunyai bahan kimia.  

Bahan terbaik untuk mencuci tingkap sebagai contoh, dengan menggunakan surat khabar lama. 

Bahan pencuci tandas pula mungkin anda boleh gunakan air bergas Coca Cola atau Pepsi. 

Untuk mencuci pinggan, anda boleh menggunakan air limau nipis atau lemon. 

Jadi, sesuaikan bahan pencuci yang anda suka supaya mudah untuk anda membersihkan rumah. 

Jika anda tidak puas hati dengan bahan pencuci dinyatakkan di atas, beli sahaja pencuci yang anda rasa yakin. 

Semoga tips di atas membantu meringankan lagi tugasan anda mengemas dan membersihkan rumah! 

error0
Tweet 20