resepi berasaskan durian

3 RESEPI SIMPLE AND EASY DARIPADA DURIAN

DIMANA-mana sahaja kita akan nampak ramai penjual durian membuka payung dan gerai. Sama ada musang king, durian kahwin, udang merah, IOI, semuanya dijual dan mudah untuk didapati.

Ada lebihan isi durian di rumah dan nak cuba resepi baru berasaskan raja buah ini? Jom kami kongsikan 3 resepi mudah dan terbaik daripada durian. Pasti membuka selera anda!

resepi berasaskan durian

Serawa Durian
Bahan-bahan
3-4 ulas biji durian
700 ml santan
500 ml air
1/2 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir (boleh tambah atau kurangkan ikut selera manis anda)
1-2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Cara-cara
Di dalam periuk, masukkan santan, air, isi durian, daun pandan dan gula melaka.
Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan gula dan garam.

*Boleh dimakan bersama pulut, roti jala dan roti.

resepi berasaskan durian

Durian Muffins
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 cawan isi durian
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred A
1/3 cawan mentega yang dicairkan
3 sudu besar susu segar

Cara-cara
Kacau mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, diikuti dengan tepung gandum, baking powder, baking soda dan susu segar.

Kemudian masukkan isi durian dan garam.

Scoop adunan sebanyak 3/4 daripada tinggi bekas muffin. Bakar dengan suhu 150’C dengan tempoh 15-20 minit (mengikut ketuhar masing-masing).

resepi berasaskan durian

Cekodok Durian
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula
6-7 ulas isi durian (ambil isinya)
Sedikit garam

Cara-cara
Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
Panaskan api di dalam kuali, bentukkan adunan dalam saiz sederhana. Masak sehingga warna keemas-emasan.

error0