100 PESALAH JUVANA BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR DI OUM

PESALAH juvana kini mampu menjalani kehidupan normal apabila mereka diberikan peluang menyambung pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Kelantan.

Pengarah Penjara Kelantan, Timbalan Komisioner Penjara Hamzani Che Ibrahim, berkata pesalah juvana boleh menyambung pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Memetik laporan Berita Harian, jika perancangan itu berjalan lancar, projek perintis akan dilaksanakan tahun ini.

“Di Kelantan kita mempunyai 100 pesalah juvana dan mereka yang berminat selain memiliki Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi keutamaan.

“OUM kini sedang mencari peruntukan luar untuk menaja pengajian yang akan diberikan secara percuma. Kita mahu memberi pendidikan secara holistik kepada penghuni penjara,” katanya.

error0