10 EXCO JOHOR ANGKAT SUMPAH

SUSULAN rombakan kerajaan negeri Johor yang menyaksikan pelantikan Menterii Besar Johor yang baru, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada 14 April lalu, negeri itu pada hari ini menyaksikan istiadat mengangkat sumpah membabitkan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Istiadat itu berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Tiga EXCO baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon.

Dua EXCO sebelum ini iaitu Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Tan Hong Pin (Skudai) digugurkan.