merangsang kreativiti anak

10 AKTIVITI RANGSANG KREATIVITI ANAK-ANAK

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi merangsang perkembangan otak dan kreativiti anak. 

Bagaimana kreativiti ini terbentuk? Ianya terbentuk apabila sel-sel otak mula berhubung, menghubungkan idea-idea seterusnya membentuk idea yang baru.

Merancang melakukan aktiviti bersama anak-anak pasti dapat memupuk kreativiti dan kepintaran anak anda. 

Biar anak luahkan imiginasinya supaya dapat membantu cara berfikir yang baik. 

Kreativiti ini harus diransang dengan aktiviti bagi memperkembangkan daya usaha dan latihan yang baik untuk minda. 

Kreativiti anak yang sudah kelihatan potensinya haruslah dipupuk supaya menjadi kebiasaan dan tertanam kukuh dalam diri anak- anak.

Jangan mengharapkan kepada guru semata-mata kerana aktiviti antara ibubapa dan anak adalah moment yang amat berhargai untuk disimpan diingatan. 

Bagi meningkatkan kreativiti mereka sendiri dan mencungkil kreativiti anak, di sini kami kongsikan 10 aktiviti ringkas yang menarik untuk dilakukan bersama anak anda! 

Dibawah ini saya ingin berkongsi aktiviti yang bagus untuk mencungkil dan menggilap kreativiti anak kita.

1.MERANGSANGSANG KREATIVITI ANAK DENGAN BERCERITA

Bercerita adalah aktiviti yang menarik untuk anak anda. Selain memberi banyak ilmu pengetahuan kepada anak-anak secara tidak formal. 

Anak-anak boleh berlatih berimaginasi serta belajar banyak perbendaharaan kata.

Ibu bapa juga boleh bercerita sebelum anak-anak tidur. Pada masa lain, galakkan anak-anak menceritakan semula. 

Apabila anak-anak bercerita, tunjukkan respons positif supaya mereka merasakan kemampuan mereka dalam berkomunikasi dapat menarik perhatian orang lain.

Apabila keyakinan diri ini lahir, anak akan dapat berkarya dengan baik.

merangsang kreativiti anak

2.MENGEMBANGKAN KREATIVITI ANAK DENGAN MELUKIS

Sediakan kertas, alat melukis, dan alat-alat tulis di rumah. Jadi anak-anak dapat melukis pada bila-bila masa sahaja.

Melukis tidak semestinya dibuat di atas kertas. Sesekali, minta anak melukis di atas objek seperti tong sampah ataupun pasu bunga.

Ibu bapa boleh menggunakan berus gigi lama, putik kapas, batang ais krim, kapas, kain perca, ataupun jari tangan dan kaki untuk membantu anak-anak. 

Yang penting, jangan sekat kebebasan meluahkan perasaan dan idea mereka. Mewarnakan laut dengan warna merah ataupun melukis rumah di atas awan adalah tidak salah kerana anak sedang berimaginasi.

Tugas ibu bapa adalah menyokongnya.

Berkomunikasi dengan anak-anak dan tanya mengapa mereka memilih warna itu ataupun melukis seperti itu supaya tahu alasan disebalik lukisannya.

Beri respons positif dan berikan pujian kepada anak-anak untuk meningkatkan keyakinan mereka. 

3.AKTIVITI BERLAKON

Anak-anak yang suka berkhayal mempunyai khayalan yang tinggi, suka berlakon, suka memanfaatkan masa dengan fikiran-fikiran tinggi dan memiliki kecenderungan yang lebih kreatif.

Buatkan cerita yang sederhana tetapi menarik dan cabar anak-anak bagi melakonkannya.

Contohnya cerita tentang pelayaran kapal laut. Minta anak menjadi nakhoda dan kita menjadi penumpangnya. 

Atau mungkin bagi anak perempuan, berikan watak seorang puteri yang telah menjadi idamannya. 

Gunakan barang-barang sedia ada di rumah seperti kerusi kain dan sebagainya. 

Aktiviti seperti ini dapat melatih kreativiti anak-anak dalam menyelesaikan masalah, selain daripada kecerdasan keseluruhannya.

merangsang kreativiti anak

4.MEMBUAT MAINAN SENDIRI

Latih anak-anak bagi menghasilkan permainan sendiri yang menggunakan benda-benda yang ada disekeliling. 

Contohnya, membuat kereta mainan dengan menggunakan kertas, senapang dengan menggunakan pelepah pisang, roket dengan menggunakan botol lama ataupun rumah menggunakan kotak atau apa sahaja barang kitar semua. 

Cuma perlu lebih rajin dan kreatif membelek dari pelbagai sumber bacaan untuk melihat contohnya.

Jika anda ada akaun pinterest, disitu ada banyak sumber contoh untuk melihat model permainan buatan sendiri untuk anak-anak.

5.BERMAIN JIGSAW PUZZLE

Selain daripada membeli, jigsaw puzzle juga boleh dibuat sendiri.

Gari gambar dalam surat khabar ataupun majalah lama. Gunting gambar dan tampal di atas kertas tebal. Selepas itu, gunting menjadi beberapa bahagian.

Sesuaikan tahap kesulitan jigsaw puzzle dengan usia anak.

Menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap akan membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.

6.AKTIVITI MENCAMPUR CAT ATAU WARNA

Sediakan cat air daripada warna-warna utama iaitu merah, kuning, dan biru.

Kemudian minta anak mencampurkannya dan tanyakan kepadanya warna yang dihasilkan. Selain mengandungi unsur seni, aktiviti ini juga merangsang kecerdasan visual.

Untuk anak yang berusia kurang daripada tiga tahun, ibu bapa harus mengawasi anak semasa bermain cat supaya perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 

7.BERSENAM DAN MENARI

Sebagai permulaan, biarkan anak-anak melakukan gerakan sendiri.

Selepas mereka dapat mengikuti muzik dengan baik, menari bersama pasti anak akan ikut gerak tari anda! 

Sesuaikan gerakan itu dengan usia anak.

Selepas itu, lihat bagaimana anak-anak mengubahsuai sendiri gerakan-gerakan itu mengikut kesukaran mereka.

merangsang kreativiti anak

8.BERMAIN DENGAN BOLA

Reka permainan menggunakan bola, seperti melempar dan menangkap bola, menendang bola, memasukkan bola ke dalam keranjang, ataupun memukul bola.

Perkara yang perlu diperhatikan adalah tahap kekerasan bola itu mesti disesuaikan dengan usia anak-anak.

9.BERMAIN MUZIK

Bermain muzik tidak semestinya menggunakan alat-alat muzik sahaja.

Kita boleh menggunakan benda-benda yang ada di rumah bagi menghasilkan bunyi-bunyian. Contohnya menggunakan botol, tin, kuali, cerek, piring, gelas dan lain-lain.

10.MEMBENTUK KOMUNIKASI 

Gunakan tangan untuk berkomunikasi dengan cara yang unik, lucu serta menarik.

Kita boleh menggunakan anak patung tangan ataupun benda-benda yang kita bayangkan suatu objek. 

Contohnya botol sebagai orang, pencedok air sebagai helicopter, kasut sebagai kereta, topi keledar sebagai kura-kura, dan sebagainya.

Selain menyeronokkan, cara komunikasi seperti ini juga dapat membangkitkan imaginasi anak-anak. Daripada imaginasi inilah anak-anak menghasilkan pelbagai idea kreatif.

Di zaman yang serba canggih ini, setiap ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan sibuk kerja atau tiada masa untuk tidak meluangkan masa untuk mengasah kreativiti anak-anak.

Pamerkan setiap usaha atau karya mereka ditempat yang boleh dilihat. Ini boleh menambahkan keyakinan mereka. 

Apabila anak-anak menghasilkan karya, berikan mereka penghargaan dan sokongan supaya kreativiti mereka terus ditingkatkan. 

error0